Ceh.... ceh....
Nak up jugak satu entry.
JT bukan peminat tegar.
Tapi di rumah JT ada seorang 'kipas-susah-mati' bolasepak. (Die hard fan)
Terpaksa... sambil kemaskan dapur, sambil menelinga tv.
Bukan tengok TV, dengar TV.
Sebab ni peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki, jadi gamenya adalah timbal balik (main di kedua-dua negara).
Mula-mula haritu main kat Stadium Shah Alam Malaysia kalah dengan Vietnam 1-2.
Malam tadi sejarah besar. Pada separuh masa pertama lagi Malaysia dan 'balun' Vietnam 4-1.
Dengar-dengarnya coach Dollah Salleh tukar formasi dan pemain kesebelasan utama. Berbeza dengan main kat Shah Alam hari tu.
Masuk separuh masa kedua, Malaysia banyak bertahan.. Vietnam banyak menyerang. Vietnam berjaya tambah jaringan. (Mujur satu je... fuhhh berpeluh sejuk dahi JT).
Berakhir dengan Malaysia menang 4-2.
Yay!!!
JT HAPPY SEBAB:
1. Si abg D JT happy. Kalau Malaysia kalah dia ok je.... cuma tak begitu ceria. Bila menang ni, boleh tengok dia happy, tahap 'GABAN' punya.
2. JT suka coach Dollah Salleh kerana dia punya karisma. JT doakan dia berjaya.
3. Terhibur tengok gol sendiri Vietnam yang diumpan oleh Indra Putra Mahyuddin. Thumbs up.
4. Gembira tengok Mat Yo aura dah kembali. Mat Yo score 1 gol. JT bukan peminat tegar Mat Yo. Cuma JT nampak setiap kali main, dia buat sehabis baik cuma keadaan kurang berpihak kepada dia.
5. JT kagum dengan Safiq Rahim. Penalti tepat dan mengelirukan keeper lawan. Memang TERBAIK.
No comments:
Post a Comment