Wednesday 17 December 2014

Main Futsal

Hari ni ada pertandingan futsal.

JT first time main futsal.

Baru game pertama, dan terseliuh ibu jari.

Sudahnya, berjalan pun perlahan je.

Psst... JT tak pandai pun main futsal ni. Tapi JT suka berkawan-kawan.

Member JT ajak main, JT terus on. Tak pikir banyak.

Lepas terseliuh tu, JT jadi penyokong setia je lah....

Tuesday 16 December 2014

Organizer dan Planner Memberi Ketenangan Jiwa

JT memang orang lama.

Suka yang hardcopy.

Sebab tu, bila orang bagi organizer/diary, JT suka sangat.

Selama ni JT guna yang orang bagi free je. Dan selalunya yang free tu kurang stylo. Tak pernah merungut, pakai je.

TAPI,

Tak pandai guna organizer 100%. JT komplimen kan dengan benda-benda ni:

1. Kalendar besar kat workstation (kalendar free jugak)
2. Monthly planner yang nipis
3. Buku nota
4. Sticky notes (untuk tulis alamat emel - tak pernah transfer ke planner)


Bila perkara penting dah dicatat di organizer, jiwa pun tenang.

Kalau nak catat nota, JT guna buku khas untuk nota.

Monday 15 December 2014

Template Tulang Fail

Bismillahirrahmanirrahim....


Label untuk tulang fail putih.
Macam ni.



JT panggil design ni Sweet Pastel.

Kawan-kawan boleh buat sendiri guna Microsoft Word.

Tapi kalau nak, JT boleh bagi je.

Tulis email address kat ruangan komen, nanti JT hantar softcopy.

Ada tulang untuk 3 saiz.

25mm
40mm
65mm

*JT buat label sahaja. Warna pink di belakang label, guna kertas warna pastel.

Aktiviti dengan Anak-anak - Pancing Ikan

Petang-petang, dalam pukul 6.30 tiba-tiba terfikir.

Hari ni nak buat aktiviti apa dengan anak-anak yang 6 dan 5 tahun tu.

Ok lah, buat pancing ikan.

Pergi kedai jap, beli:
1. Klip kertas warna warni - RM1.90 (100pcs).
2. Kad manila warna-warni - RM5.50 (10 sheets).
3. 2 Aiskrim vanila (tak de kaitan dengan projek).

Lepas maghrib, lukis-lukis ikan atas kad manila. Si P pilih kad warna biru, si M pilih warna pink. Macam-macam ikan kami buat. Si P lakar sendiri ikan-ikannya kecuali 2 ekor (saya buatkan). Si M semua saya buatkan. Pastu warnakan...

Lepas tu, letak klip kertas di mulut ikan tu supaya boleh dipancing.

Si P pilih semua klip warna biru, M pilih warna-warni.

Cara buat pancing.
1. Minta tolong hero saya carikan 3 batang pancing.
2. Ikat benang.
3. Guna dawai sebagai mata kail. (pastikan mata dawai yang tajam tak terdedah... pintal ke dalam)

Ok dah boleh memancing.

TIBA-TIBA si comel N pulak masuk. Aduh... nak memancing pun tak senang. 

Saya buatkan satu lagi pancing untuk N. Dan.... seekor ikan yang sangat besar untuk dia. Tersengih-sengih dia.... Suka.

Dah puas main, letak ikan dalam bekas.

Pastu saya buat lempeng jawa untuk pemancing-pemancing yang kelaparan.

Kenapa Dengar Nasyid

JT memang peminat nasyid.
Tapi tak mengikuti perkembangan sangat.
Minat maksudnya, kalau dengar nasyid memang boleh layan. Kalau antara dua lagu, nasyid dan lagu genre lain, JT pilih nasyid.
Sebabnya:
1. Melodi menenangkan
2. Mengingatkan kepada Allah
3. Memberi nasihat
4. Kalau cinta kepada manusia pun, akhirnya ditujukan balik kepada Allah.
5. Kadang-kadang zikir pun dinasyidkan (ada peluang dapat pahala bila bernasyid sama)
6. Kadang-kadang ada cerita sirah

Dengar nasyid bukan bermakna JT ni orang yang terbaik, beriman, solehah, sikit lagi nak jadi malaikat, suci. 
Bukan.

JT dengar kerana suka.

"Muzik klasik yang menenangkan boleh memberi kesan yang baik kepada keupayaan otak". 

Pada JT, Nasyid dan membaca Quran juga beri kesan yang sama.

Apapun, nasyid sekarang dah berubah.

Berubah macamana? Cuba dengar lagu Mawi dan AC Mizal (Al-Haq..Yang Satu). Berubah macam tu lah.

JT tetap suka sebab nama Allah disebut-sebut di dalamnya.

Juga boleh berzikir tanpa rasa 'segan-orang-label-macambagus'.

Anugerah Nasyid IKIMfm

Anugerah Nasyid IKIMfm bakal berlangsung di PICC Putrajaya.

Sesiapa berminat nak pergi, dapatkan pas percuma melalui 3 cara ni:

1. Showcase di Putrajaya & Shah Alam (dah lepas).
2. Kuiz di IKIMfm setiap hari (3 kali sehari) - kalau berjaya dapat 2 pas.
3. Hadir sendiri ke PICC pada 10 Januari 2015 (Sabtu) dan dapatkannya seawal jam 12.00 tgh. (Siapa cepat dia dapat)

JT dah dapatkannya melalui cara ke-2, tapi tak pasti lagi dapat pergi atau tak.


Friday 12 December 2014

Pusat Akuatik Darul Ehsan

 Assalamualaikum,

Pusat Akuatik Darul Ehsan.
Tempat saya hantar si P dan M belajar berenang.

Ada 3 jenis kolam yang dibuka untuk orang awam:

Kolam dewasa. Kat sini mereka belajar berenang.


Kolam kanak-kanak.
Kolam dewasa kedalaman 8 kaki. Kolam yang ni spec. olimpic pool. Dalam gambar yang bawah ni, ianya yang sebelah kanan ye. Sebelah kiri tu hanya untuk atlit dan pertandingan-pertandingan saja. Macam hari ni, ada water polo match. 

Tiket masuk murah sangat. Kalau takde plan apa-apa, bolehlah bawa anak-anak datang sini.

Ada yang tanya, wajib pakai swimming suit ke? Jawapannya ye. Tapi kalau tengok dekat kolam kanak-kanak, ramai jugak yang pakai t-shirt biasa. Hehe.. Biasa tu.

Kat PADE jugak ada kedai jual swimming suit. Saya juga dah buat entry untuk tu. Klik link Harga Baju Renang ye.

Assalamualaikum....


Penawar Selsema

Senang je.

Petua 1.

Limau kasturi 2 biji. Perah dalam cawan.

Tambahkan madu (ikut suka) untuk hilangkan masam pati limau kasturi.

Tak payah campur air.

Minum.

Ambil 3 atau 4 kali sehari.

*Walaupun ini campuran semulajadi, jangan ambil terlalu banyak.

Petua 2.

Sedut air dalam hidung, tahan. (Jangan sedut habis)

Hembus semula 3 kali.

Buat 4 kali sehari atau setiap kali hidung tersumbat.

Petua 3.

Minum air banyak.

Air kosong je.

Thursday 11 December 2014

Tuntutan Harta Sepencarian

JT tak tahu nak bermula di mana...

Terlalu banyak info.

Oklah, JT intro dulu. Ceritanya macam ni....

Kes seorang wanita bercerai dengan suaminya.

Dan wanita tersebut telah keluar dari rumah mereka yang merupakan tanah rancangan Felda.

Wanita tersebut balik rumah ibubapanya dengan membawa semua anaknya.

(Info: mereka suami isteri masuk Felda sama-sama dan harta mereka di Felda tersebut adalah hasil usaha bersama. Harta tersebut adalah tanah sawit 10 ekar bersama tapak rumah 1/2 ekar dan rumah diatasnya)

Persoalannya, boleh tak wanita menuntut harta sepencarian.

Jawapannya: BOLEH (Sumber: peguam dari unit bantuan guaman)
_____________________________________________________________________________

CUMA: HARTA FELDA TAK BOLEH DIPECAH-PECAHKAN.

Jadi, apa yang boleh dibuat?

Menuntut kepada suami melalui mahkamah.

Mahkamah akan siasat.

Dan mahkamah akan isytiharkan berapa yang wanita tersebut dapat.

Walau bagaimanapun, disebabkan ia tanah Felda, maka ia tidak boleh dipecah nama.
Namun, pengisytiharan mahkamah tetap valid.

Oleh itu, wanita berhak untuk mendapat pulangan daripada harta yang telah diisytiharkan tadi ikut bahagian dia. Kalau mahkamah diputuskan wanita dapat 1/2 daripada bahagian hartanya, dan hasil sawit daripada tanah tersebut  RM1000.00 sebulan, maka wanita layak dapat RM500 sebulan. Wanita juga boleh bina sebuah rumah atas tanah tapak rumah berdekatan rumah bekas suaminya.

*JT BUKAN AHLI DALAM BIDANG INI.
PENULISAN ENTRY INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA PENGALAMAN JT.
ENTRY INI HANYA SEBAHAGIAN SINOPSIS SAHAJA. MUNGKIN NANTI BILA JT ADA IDEA UNTUK MENULISNYA TANPA MENYINGGUNG PERASAAN SESIAPA, JT AKAN SAMBUNG*.

Harga Baju Renang

Bismillahirrahmanirrahim.

Baju renang si P (Kanak-kanak lelaki, 6 tahun), swimming trunk seluar pendek, JT beli di kedai Inzurina kat PADE: Harga RM48.00.
Baju si M, (kanak-kanak perempuan, 5 tahun) swimming suit lengan panjang, seluar panjang, beli di Pasaraya MU: RM 39.90.
Baju si N, (toddler: setahun 9 bulan) swimming trunk beli di PADE juga: RM29.90.

Wallahu'alam.



Belajar Berenang Di Pusat Akuatik Darul Ehsan

Anak JT yang dah boleh daftar belajar hanyalah si P dan si M. (Si N belum boleh)

Umur si P 6 tahun, si M 5 tahun dan si N 1 tahun 8 bulan.

Register seorang RM20, yuran bagi level 1 (kelas 8 sesi) adalah RM120 seorang.

Kelas seminggu 2 sesi.

Empat minggu sahaja, tamatlah level 1.

Pusat Akuatik Darul Ehsan dekat Shah Alam. Diuruskan oleh MBSA. Bayaran tiket masuk murah je.

Ada 3 pool. Pool kanak-kanak, pool dewasa dan pool tertutup.

Si P dan M belajar di pool dewasa. Si N main air di pool kanak-kanak. Si N memang teruja tengok air. Ada juga Abg D bawa dia mandi dalam pool dewasa.

Manakala.... JT jadi tukang tangkap gambar dan jaga beg.

Aktiviti Bersama Anak-anak

JT percaya anak kecil tidak boleh sentiasa duduk memerap di rumah.
Kanak-kanak mudah bosan dengan aktiviti dalam rumah yang rutin.
Jika sentiasa duduk di rumah tanpa aktiviti, mereka akan cari jalan untuk 'keluar rumah' dengan menonton TV atau video.

TONTON TV ATAU VIDEO SEPANJANG HARI??
OOOO... A BIG NO FOR ME.

So sepanjang cuti sekolah ni, ini adalah perkara yang JT dan abg D sempat lakukan untuk beraktiviti bersama anak-anak:
1. Hantar mereka belajar berenang.
2. Bawa mereka ke taman untuk main basikal (untuk si P dan si M). Si N main bola lah... apa lagi. Budak kecik tu terAMAT suka bola. Kalau tak pagi, petang. Atau pagi petang sekali.
3. Jalan-jalan sekeliling kawasan rumah. Bukan 'sight-seing' - apa nak tengok pun, taman perumahan biasa je. Yang PALING PENTING, kena bagi salam kat sesiapa jiran yang ditemui.

Setakat ni, itulah yang kami sempat buat.

Planning banyak lagi... Tapi tak pastilah yang mana boleh buat dulu.

Selain itu, pagi-pagi, sambil JT memasak, JT akan baca surah-surah lazim untuk membiasakan seisi rumah dengan ayat Quran.
Memang ayat yang 'lazim' sangat. 
Nak baca surah-surah panjang masa memasak, tak belum hafallah pulak.
JT baca yang ini-ini saja.
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Qursy
3. Surah al-Ikhlas
4. Surah al-Falaq
5. Surah an-Naas
6. Doa pagi
7. Doa dhuha
Memang itulah yang JT ulang-ulang.

Keputusan Separuh Akhir Malaysia melawan Vietnam

Ceh.... ceh....

Nak up jugak satu entry.
JT bukan peminat tegar.
Tapi di rumah JT ada seorang 'kipas-susah-mati' bolasepak. (Die hard fan)
Terpaksa... sambil kemaskan dapur, sambil menelinga tv.
Bukan tengok TV, dengar TV.

Sebab ni peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki, jadi gamenya adalah timbal balik (main di kedua-dua negara).

Mula-mula haritu main kat Stadium Shah Alam Malaysia kalah dengan Vietnam 1-2.

Malam tadi sejarah besar. Pada separuh masa pertama lagi Malaysia dan 'balun' Vietnam 4-1.

Dengar-dengarnya coach Dollah Salleh tukar formasi dan pemain kesebelasan utama. Berbeza dengan main kat Shah Alam hari tu.

Masuk separuh masa kedua, Malaysia banyak bertahan.. Vietnam banyak menyerang. Vietnam berjaya tambah jaringan. (Mujur satu je... fuhhh berpeluh sejuk dahi JT).

Berakhir dengan Malaysia menang 4-2.

Yay!!!

JT HAPPY SEBAB:
1. Si abg D JT happy. Kalau Malaysia kalah dia ok je.... cuma tak begitu ceria. Bila menang ni, boleh tengok dia happy, tahap 'GABAN' punya.
2. JT suka coach Dollah Salleh kerana dia punya karisma. JT doakan dia berjaya.
3. Terhibur tengok gol sendiri Vietnam yang diumpan oleh Indra Putra Mahyuddin. Thumbs up.
4. Gembira tengok Mat Yo aura dah kembali. Mat Yo score 1 gol.  JT bukan peminat tegar Mat Yo. Cuma JT nampak setiap kali main, dia buat sehabis baik cuma keadaan kurang berpihak kepada dia.
5. JT kagum dengan Safiq Rahim. Penalti tepat dan mengelirukan keeper lawan. Memang TERBAIK.

Tuesday 9 December 2014

JT Comeback

Ini bukan kali pertama JT berblog.

JT pernah punya blog.

JT tutup blog tu sebab JT rasakan ada antara post-postnya mengada-ada tak sesuai dengan usia. JT tutup blog.

JT deactivate facebook juga sebab JT rasa facebook menumpulkan rasa ingin berkomunikasi secara zahir. Selepas itu, JT "hidup" kembali dalam dunia realiti sepenuhnya...

Selepas 2 tahun, JT rindu menulis semula sebab menulis adalah JIWA JT.

JT tak pandai tulis novel, tulis lirik lagu pun ke laut. JT hanya pandai menulis apa yang JT rasa. Itu sahaja. Bila tak menulis, JT rindu.


Azam 2015

Assalamualaikum warahmatullah...

Azam JT tahun 2015:

1. Fizikal: kuatkan otot dan stamina.
2. Mental: mulakan bisnes (hantar kuih kat gerai kawan abg D). Strategi utk kuatkan mental.
3. Rohani: Hafaz surah Kahfi (strateginya baca Kahfi setiap Jumaat)
4. Intelek: buat latihan Math PMR habiskan satu buku latihan. (Jangan gelak ye... memang tahap PMR je boleh pegi. Tahap SPM dah lupa langsung. Kalau nak buat jugak, kena study dulu... Tak kuasa lah)
5. Emosi: Tak tahu nak buat apa... Boleh tak kalau nak abaikan je aspek ni. JT tahu, kalau emosi JT terganggu, JT menangis je, terus lega.

Oh ye, anak JT si P dah masuk 7 tahun, nak tak nak JT mesti masukkan azam yang satu ni....

Azam nak ajar si P solat.

'Ajarlah anakmu solat sewaktu dia 7 tahun dan apabila usianya 10 tahun rotanlah jika dia tidak solat' 
- maksud hadith yang JT olah sendiri.


Monday 8 December 2014

Harga Baju Sekolah 2015

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hari ni JT nak bagi sedikit info tentang harga baju sekolah yang JT beli untuk anak JT si P.

Jantina: Lelaki
Umur: 7 Tahun
Jenama baju: MU (beli dari kedai pasaraya MU)

Kemeja putih sekolah rendah : RM8.90 sehelai (material macam policotton (poliester-cotton))
Seluar panjang biru tua : RM14.90 sehelai
Baju melayu sekolah agama : RM 15.90 sepasang
Sampin hijau sekolah agama: RM 5.90 sehelai

Untuk keperluan darjah satu si P ni, JT pikir punya pikir, JT putuskan untuk beli

Kemeja putih sekolah rendah : 3 helai
Seluar panjang biru tua : 2 sehelai
Baju melayu sekolah agama : 2 sepasang
Sampin hijau sekolah agama: 2 helai

Masa beli baju-baju semua ni, si P sempat pow sambar beg sekolah jenama Haoli (mungkin brand dari China) berharga RM 27.90. Beg ni tebal, banyak compartment, jahitannya kemas dan zipnya kukuh.
Harap-harap bertahan selama mungkin setahun. Gambarnya pun cantik dan 3D. Gambar Subway Surfer.

Si M yang tahun depan 6 tahun pun sempat pow beg juga. Jenama sama, harga murah sikit RM25.90 gambar Frozen (kami sebut Plojen... Saja).

Ini semua harga tanpa GST.




Sunday 7 December 2014

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

SEGALA PUJI BAGI ALLAH,
TUHAN SEMESTA ALAM,
MAHA PEMURAH MAHA PENYAYANG,
YANG MENGUASAI HARI PEMBALASAN...

HANYA KEPADAMU,
KAMI MENYEMBAHMU,
HANYA KEPADAMU,
KAMI MOHON PERTOLONGAN....

TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS,
IAITU JALAN ORANG-ORANG YANG KAU KURNIAKAN NIKMAT KEPADA MEREKA,
BUKAN JALAN MEREKA YANG DIMURKAI,
DAN BUKAN PULA JALAN MEREKA YANG SESAT.